Monday, February 28, 2011

Penat bah!! baik aku layan Mixer....

ohhh, ni la kucing ku yg suka tidur dengan bermacam gaya. namanya Mixer, nama urangputeh sikit, hehe. nak d jadikan cerita pasal picture ni, masa dia nak tidur ni, sebelah kerusi ni banyak sangat buku & barang, disebabkan kerusi ni penuh sangat, dia pun menempek tidur kat situ, isshhh. ko memang tak senonoh mixer!! tidur mengalahkan manusia!! tak ke sakit tidur macam tu, meh tidur kat pelukan tuanmu ni...

nanti efa post picture2 si Mixer ni tidur. betol!!! semuanya tak senonoh. ahahha


actually hari ni penat sangat!!! sampai tak sempat nak post apa2 kat blog.

*esok la efa blogwalking & singgah kat blog kawan2 ku ya. ari ni tak larat la, macam Mixer da malam ni, pemalas daaa... eheheh..


Saturday, February 26, 2011

Bila boring, YouTube le jawabnya.

Pada sesiapa yang salu tengok YouTube mesti kenal dorang ni kan?? MatLuthfi, AnwarHadi dan Maria Elena Zarul (nama penuh lagi tau). Dorang ada kelebihan, video dorang super duper cool. Efa nak sharing la ngan korang semua, efa memang suka tengok vlog2 ni, mana la tau, korang boring2, boleh la tengok gak..



Mat Luthfi....Eh, efa rasa kes geng2 salu terjadi kot. hurm, well yeah, kita berhak dengan sapa kita nak berkawan kan??
Best sangat2.. kalau Mat Luthfi & Anwar Hadi bergabung mesti super duper gempak la. Kalau tengok last2 tu, anwad hadi ke anwar hadi?? ehehe.. bila anwar hadi datang, background music pun lagu hujan. Dengan loghat kedah dia. :P



ini pulak Anwar Hadi, dua2 saling promote. i like. About cerita khurafat tu, hurm, efa dah tengok dua kali kot. efa rasa banyak gak yang tak puas hati pasal filem ni, tapi heyy, filem ni dapat kutipan yang paling tinggi kot. Efa puas hati tengok. korang rasa??



Maria Elena Zarul, suka gak vlog2 dia, super duper cool. Pasal Karaoke ni, well, efa kadang2 suka gak pergi karaoke, perasan sora sedap pun ada.. ahahah. tapi bagi efa, karaoke nie tempat melepaskan tension je. tak ade la perasan nak jadi artis pulak. sora tak sedap tak ape, janji dapat jerit2. so, korang jangan la pergi karaoke dengan efa ye. ehehe


**Jangan lupa tengok tau, boleh ketawa2 sendiri dibuatnya. ehehe..


Friday, February 25, 2011

aku, dia & vintage

*click image teru ke contest*



kawan2 sekalian efa nak join contest lagi dari kamarukom. banyak betul dah join, tapi tak pernah nak menang, dah give up sekarang. tapi kebetulan lak kali ni, nak post picture vintage. senang je kan. so, apa tunggu lagi. tak menang pun tarak apa la. oleh kerana terperasan kena tag oleh mira, so terus join. ehehheh.


mari tengok picture efa yang ala da vintage ni
.
.
.
.
.
.
.
PICTURE 1:


Ni potret efa bersama parents efa. picture ambik masa hari raya. amacam ada ala2 vintage tak?? ehehehe, tengok la my dad punya kain pelikat. my dad lagi vintage kat sini. :D



PICTURE 2:

seriously picture ni adalah sangat mengada2 nya ok. ehehehhe. so AAK.. auww..
tak da la, efa suka picture ni sebab baju pun vintage kan. so sesuai dengan tema nya la :D


Tipulah join contest tak nak hadiah kan?? meh tengok sikit apa hadiah yang best sangat tue. Palaroid camera fujifilm instax mini - nie untuk nombor satu je tau, yang no 2 dan 3 dapat patung dari entry sebelum2 ni.


nak tag diaorang la: sherah, fida, eyla

Tanda dan Peringkat Kiamat.

*Picture from google


Efa ingin berkongsi dengan pembaca pembaca sekalian. Semoga dengan memberi informasi ini dapat membuka mata kita, menerangkan hati kita, juga akan memberi seribuan pengertian dan pemahaman kepada sekalian sahabat.

Hari Kiamat ialah hari akhir atau merupakan hari penghabisan bagi seluruh alam ini. Segala isi alam ini akan hancur dan rosak binasa. Kemudian satu alam baru akan diadakan selepas itu. Selain disebut hari Kiamat, ianya juga adalah hari Akhirat. Pada hari Kiamat memberi erti hari kebangkitan dimana manusia semuanya akan dibangkitkan dari kubur untuk menerima pengadilan Allah.

Sekalian juga kedatangan kiamat dapat dilihat dengan tanda tanda yang diberikan oleh Allah S.W.T. Tanda ini boleh dibahagikan kepada permulaan dan tanda akhir.

Bila efa hayati dan baca tanda tanda permulaan ini, efa dapati semua tanda ni telah terjadi di muka bumi kita. Percaya atau tidak, sila baca sendiri:

1) Orang orang yang miskin dan berkaki ayam sudah menjadi kaya raya dan sudah pandai mendirikan bangunan tinggi tinggi;
2) Minuman arak dan minuman memabukkan menjadi kemegahan;
3) Bertambah pendeknya masa (kita salu kata, eh... cepatnya masa berlalu.. kan kan??);
4) Urusan urusan umat Islam dipegang oleh orang yang bukan ahlinya;
5) Negeri negeri kecil disatukan menjadi negara besar;
6) Sering berlaku pergaduhan dan peperangan;
7) Ibu melahirkan tuannya (anak menjadi tuan)
8) Timbul fitnah bergelombang seperti gelombang laut (kita tengok sendiri taburan fitnah dikalangan artis2, ahli politik dan korporat);
9) Timbul perang antara kaum Muslimin dan Yahudi;
10) Sering berlaku gerak gempa (contohnya Tsunami, gempa bumi);
11) Bilangan perempuan lebih banyak daripada lelaki (kadarnya 1:50) (memang nak hampir);
12) Timbul perang besar antara dua bangsa yang paling besar;
13) Tidak membezakan antara pencarian halal dengan yang haram (ramai yang mencari kerja kat tempat yang haram, contohnya di club, sumber yang haram, menjual dadah, dan sebagainya);
14) Banyak orang jahil daripada yang alim;
15) Orang orang Islam belajar menyanyi (korang rasa ada tak??);


Tanda tanda akhir (ada diantaranya telah terjadi, tidakkah anda sedar lagi??)

1) Lahir dajal yang merosakkan agama;
2) Lahir Yakjuj & Makjuj yang akan melakukan keganasan di dunia ini;
3) Keluar daabatul ardh (sejenis binatang) dari dalam bumi dan akan merosakkan manusia;
4) Terhapus Quran daripada mashaf;
5) Manusia melarikan diri daripada agama (tiada yang menyebut nama Allah di atas bumi);
6) Lahir Imam Mahadi;
7) Matahari terbit dari sebelah barat;
8) Setiap orang lalu di atas kuburan sambil berdoa supaya lekas mati, lalu masuk kubur;
9) Turun Nabi Isa a.s. membawa kebenaran;
10) Keluar asap berkepul-kepul memenuhi angkasa;
11) Matahari dan bulan berlanggaran antara satu sama lain.


Kiamat berlaku 2 peringkat. Bermula peringkat kiamat kecil dan kemudian kiamat besar. Kiamat besar ini menandakan akhirnya dunia. Kiamat kecil merupakan kematian. Ajal yang tiba menandakan kiamat individu.

Sabda Rasullulah s.a.w.
"Apabila mati seseorang itu, maka berlakulah kiamat pada dirinya."


Dengan berlakunya kiamat besar (menyeluruh) segala isi alam akan hancur. Satu alam baru akan diwujudkan.

(i) Peringkat kemusnahan alam bermula dengan tiupan sangkakala oleh Israfil.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan ditiup sangkakala, maka terkejut mati mereka yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah." (Al-Zumar: 68)

Kehebatan peringkat kemusnahan alam ini di gambarkan oleh Allah melalui ayat- Nya.
"Wahai manusia, takutilah Tuhan kamu. Sesungguhnya goncangan kiamat itu adalah suatu perkara amat dahsyat. Pada hati kamu dapati, ibu ibu yang sedang menyusukan anak akan terlepas anak yang dipangkuannya, orang orang yang mengandung tergugur kandungannya, pada hari itu kamu dapati manusia dalam keadaan mabuk, pada hal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu amat dahsyat (keras)" (Al-Haji: 1-2)

(ii) Peringkat kebangkitan semula.

(iii)Peringkat pembalasan.

* Efa memohan keampunan dan kemaafan sekiranya efa pernah menyakiti hati sesiapa dari efa sedar atau tidak. Kerana efa hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan, semoga apa yang terjadi dalam hidup kita dijadikan pedoman dan tauladan. Sesunguhnya efa juga ingin menambah baik diri ini ke jalan yang baik dan benar.

* Sumber yang efa perolehi adalah dari buku Ulangkaji Peperiksaan SPM Pengetahuan Agama Islam, sekiranya maklumat dan informasi ini tidak up-to-date, maafkan efa. Sekalian pembaca boleh merujuk kemana mana sumber lain yang boleh dipercayai. Sedetik efa membaca informasi di atas, sedetik itu juga efa ingin berkongsi dengan anda sekalian. Efa harap ianya dapat memberikan sedikit pengetahuan dan kesedaran kepada kita semua.




Tutorial HEART BEAT?


Pada mulanya efa tak tahu pasal Heart Beat ni, pastu efa pergi blog Sherah, tengok earning dia hebat wooo. So efa pun join gak la. Efa baru gak berjinak2 ni. Earning tak banyak pun berbanding ngan dorang. Efa nak share gak ngan sapa2 yang belum join tu, meh la join.

Nak tahu apa keistimewaan Heart Beat ni??
--Tak perlu traffic tinggi2
--Satu click = RM0.04.
--Takkan ganggu nuffnang korang.
--Iklan ni selalu ada kat blog. boleh klik bila2.


Meh ikut jejak langkah TUTORIAL nya:

1. Mula pergi ke website HEART BEAT.


2. Klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan tu.

3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan.

4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue.

5. Bila dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah.

6. Klik Online Application kemudian isi kesemua maklumat yang diperlukan.

7. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. tick i agree dan klik continue.

8. Klik GET A CODE (dlm kotak merah tu)

9. Copy Code yang anda kehendaki (bertanda merah bulat), ikut korang lah nak letak dia kat mana. kat sidebar ke. kat top sidebar ke. copy code yang sesuai ya.

10. Kalau nak check berapa earning korang. boleh Klik My HB!Affiliate




Kalau korang tak percaya, boleh tengok kat blog sherah. Mana tahu kali ni earning korang meningkat mendadak, boleh share2 kan?? eheheheh


**Boleh click banner diatas untuk register.

*Nak guna tutorial pun boleh, sebab efa pun ambik kat blog Sherah. Tapi jangan lupa backlink kat blog efa dan bagitau efa.



Jom Pergi Hollywood

*boleh click image kalau nak terus ke contest*

Korang teringin tak?? nak pergi Hollywood tengok AMERICAN IDOL SEASON 10 LIVE!!!
FORD akan bantu anda menjadi impian anda satu kenyataan. wow. menakjubkan.
apa kata join contest ni, manalah tau kot2 tuah korang kann?? Mungkin korang dah banyak sangat join contest, tak pernah menang lagii.. try dulu, mana tau kann..


Contest Name
Contest Duration
14 Feb 2011 – 31 Mar 2011


Sebelum tamat tempoh contest, baik cepat2 join. Teruja!!!
Nak tahu lebih lanjut pasal terms & condition, boleh klik kat sini




Meh tengok hadiah2 untuk pemenang2:

5 Trip X ke Hollywood untuk menonton American Idol Season 10 persembahan liveSemi-Final. Setiap pemenang
berhak untuk: -
(i) ONE invite to watch American Idol Season 10 Semi-Final live show,
(ii) ONE return trip economy class air ticket,
(iii) 5D 4N Hotel accommodation in Los Angeles, and
(iv) Airport/hotel transfer in Los Angeles,

Any other costs and expenses incurred, not stipulated in above item (i) to (iv) shall be borne by
winner himself/herself

Consolation Prizes
2nd prize: 5 X iPhone 4 16GB
3rd prize: 10 X iPad 16GB WIFI
Consolation: 15 X iPod nano 8G


Kalau dapat no 2 ke no 3 pun dah ok. Nak2!!!! so, apa tunggu lagi, meh join Experience Fiesta, Experience Hollywood Contest 2011



***Kalau korang menang tu, jangan lupa efa tau!!!


Thursday, February 24, 2011

Frust sangat!!!!



Efa frust sangat!!! alahai, bukan furst bercinta ye. Frust bercinta dah tak ada lagi daaa~ Ada dua benda buat efa frust. Pertama, Memory Card hilang???? Jenuh bawa kesini kesana, tapi memory card camera tak ada.
.
.
.
.
V



Tengok tu, -E-, means empty, tak ada memory card. Tak dapat ambik picture ngada2. ahahaha

nampak tak muka frust gilaaaa~ nasib baik ada kamera sony.



Patut la tak ada, tertinggal kat my lappy di rumah. nasib baik tak hilang. tue la, bila dah transfer picture, cepat2 la simpan balik kat dalam kamera.


Rasa2 nya semua orang dah makan "Ring of Fortune" Pizza dari Pizza Hut kan? Efa baru je ada kesempatan tau. Dari 21 January hari tu lagi dah kuar. Kepada sesiapa yang belum try lagi, baik cepat2 sebab promosi sampai 3 Mac ni je.

Price Ring of Fortune Pizza ni, kalau regular RM27.90, dan kalau ambik large RM36.90. Beli combo meals boleh dapat sekali dengan soup-of-the-day, garlic bread stick dan 7-Up Revive.

Komen sikit: eheheh, rasa pizza la!!! ok je kot, tapi tak puas hati kenapa tak sama macam dalam picture tue?? my soup = sejukkkkkk~ ape nii?? bukan ke kena serve soup dalam keadaan warm, panas!! biarlah lecur lidah, tak kira2.. hampeh. frust ngan soup yang dihidangkan. Environment Pizza Hut restaurant teruk habissss.... aiyo, sedih2. kotor la. tapi tak pe, dah smpi, so makan je la..:D


Tengok tu, pucat color dia..nasib baik la rasanya boleh tahan gak. kalau tak, rasa rugi pun ada gak.


Muka excited nak makan dah... nyumm2....


lihatlah, betapa tak berselera tengok bread stick tue.


rasa2nya sebelum nie, pernah kot pizza hut tak ada parmesan cheese ni, tapi dah ada balikk.. bagusla kalau cam tu...


*click pizza hut image*

*kepada sesiapa yang belum try tu, cepat2 la pergi makan nanti tak sempat nak rasa.. :D
nak tengok offer yang PIZZA HUT meh tengok SINI. korang mesti tidak percaya..



Wednesday, February 23, 2011

Mula minat membaca

Semalam, efa teringin sangat nak cari buku ilmiah untuk menambahkan lagi ilmu di dada. Hehe. Yerla, semenjak dah habis study tahun lepas, dah tak ada nya rajin membaca ni. Selalu dok menghadap Internet je memanjang. Kalau tak muka buku, blog, tak pun tengok youtube. (bosan kan?? macam tak ada benda lain nak buat). So, dengan itu, hati ini tergerak nak beli sebuah buku ke dua buah buku, tapi bila sampai kat MPH Bookstore, Spring, rasa macam nak beli satu kedai je.

Yang tak best nya, duit je tak ada, so tak mampu la nak beli buku2 tu semua. tapi efa ada jumpa few buku yang menarik sangat.


Macam best je buku ni, tapi efa tak beli ni. eheheh

Suka tajuk buku ni, Offline dengan Syaitan.


Nak tahu buku apa yang efa beli. Tadaaa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



*Amalkan budaya membaca ye kawan2. So apa buku terkini yang korang dah baca?


Tuesday, February 22, 2011

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang...


Oh... Puteri Santubong,

Sejinjang sayang,
Kisah lama, zaman mensia maya

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.


Oh.... Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh.... Sejinjang puteri menumbuk padi siang,

Satu hari nya duak kelai,
Beranok anok sik renti-renti,
Sorang madah dirik bagus lagik,
Sorang sik ngalau walau sampei ke mati,

Udah lejuk nya duak kelai,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun paluk ke pipi,
Tebik Santubong sampei gitok ari,

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepalak,
Lalu bertabor jadi Pulo Kerak,

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinek tok tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.


Best tak lagu Puteri Santubong ni? Dulu masa sekolah menengah, efa dan geng kelas nyanyi lagu ni untuk koir persembahan jemputan kat majlis Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Nak tahu pasal PKMS boleh baca kat sini. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Persatuan ni, tapi nak kongsi cerita lagenda pasal Puteri Santubong ni. Kalau korang search mesti jumpa berlainan cerita sampai tak tahu yang mana satu betul kan? Efa pun keliru gak cerita sebenar mengenai asal usul kisah lagenda Puteri Santubong, alahai nama pun lagenda kan??


Efa rasa cerita ni, ada sedikit sebanyak sama kot. Jom Layannnn

Konon ceritanya zaman dahulu kala di negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi selalu bermusuhan antara satu sama lain iaitu Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan mereka, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu untuk turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung supaya menuju kearah kemakmuran. Puteri Santubong akan memimpin Pasir Kuning, manakala Puteri Sejinjang pula memimpin Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri juga telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dan terikut ikut dengan perangai penduduk yang mereka pimpin. Kedua dua kampung pun mulai mengecapi kemakmuran.

Puteri Santubong sangat masyur dengan kain tenunannya dimana begitu unik dan dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran iaitu Kampung pimpinan Puteri Sejinjang menjadi begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning (pimpinan Puteri Santubong) telah memikat kehadiran orang dagang termasuklah Putera Serapi dari Matang yang sangat segak itu, dan akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih (kampung pimpinan Puteri Sejinjang) dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak oleh Puteri Sejinjang. Puteri Sejinjang lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta. Bermula permusuhan lantaran perasaan cemburu telah membawa kepada perkelahian kedua mereka. Akhirnya, kerana mereka melanggar sumpah, mereka kemudiannya bertukar menjadi gunung.


Hari Ahad yang lepas, Efa dan kawan Efa tengah explore jalan baru, tiba2 terlihat pemandangan Gunung Santubong yang begitu jelas dan sangat cantik sehingga efa kagum sangat lalu mengada2 mengambil gambar tanpa rasa segan silu (huh! dengan sekali nafas baca, boleh dok? huhuhu). Tak sempat nak ambik picture banyak2 sebab hari sudah hampir malam.

Efa tengah cari tempat menarik nak ambik gambar. Ada sapa2 geng Kuching saya nak join tak? bukan formal photo shooting macam profesional photographer yang ada ramai orang, yang ada spot light, ada macam2 lagi kelengkapan tu. biasa2 sahaja. kalau tak nak tak apa.. ehhehe





Terpesona seketika efa tengok view Gunung Santubong kat sini.



Sumber lirik lagu & cerita dari sumber dibawah, akan tetapi efa dah tukar sedikit sebanyak menggunakan ayat efa sendiri. ^_^
Credit Sastera Rakyat: sini
Credit Pesona Batik: sini

Monday, February 21, 2011

Setiap hari Jumaat

Sepatutnya kena post hari Jumaat kan?? tapi dah tak sabar nak share ngan korang2 semua. Hari Jumaat adalah hari efa tunggu2 tau. Kenapa?? Mengapa?? Sebab hari ni, ada Sup Kambing~ pergh, sedap weii. Yerla, nak kena tunggu hari Jumaat baru dapat merasa Sup Kambing, kalau hari biasa menunya biasa2 je. Demi untuk memenuhi keinginan adiknya, my sister pun menemanilah efa makan kat situ. Dah lama mengidam nak makan Sup Kambing ni tau, akhirnya tercapai juga hasrat di hati.


My sis tak makan kambing, so dia order nasi goreng ayam. Kalau nak diet boleh la order, pasal apa? nasi goreng tu memang sikit tau, cam tak puas je. tapi ramai plak yang order nasi ayam or nasi goreng. malang sungguh, menu ini tidak sedop. so, lepas nie, taknak order daaa


Inilah menu kegemaran efa, sup kambing dengan nasi putih. Efa gerenti sesiapa yang try, mesti puas hati punya. Rasanya memang, pergghhhh. sedap weiiii. Yang tak bestnya, isi kambing ada 3 ketul je, dengan 1 kentang, kira diaorang dah portion siap2 dah. Efa tak habis makan sup tu, kenyang da~


Kalau menu efa dah kaw kaw, air minuman mesti nak yang terbaik punya. eheheh. tak jugak la, gelas besar lagi. sebelah kiri tue, ice lemon tea dan yang sebelah kanan tu, air jagung.


Tak sah kalau tak tunjuk muka efa nie, ahahaha. Sebenarnya kitaorang tunggu lama sangat order kitaorang sampai. Pertama, sebab kedai ni ramai gila orang, kedua, lambat sangat ambik order kitaorang, ketiga, pekerja dua orang je dan keempat, order yang di hantar tak ikut susunan. (banyak tak efa complaint?? tapi kenapa masih gak bersabar tunggu kan?? sebab tempat ni je efa pernah rasa sup kambing paling sedap di kuching ehehe)



**Terasa nak makan Lamb Burger Grill lak lepas ni.


Saturday, February 19, 2011

Antara aktiviti yang sihat untuk turunkan berat badan

Cuaca semalam panas gila, oleh dengan itu dapatlah efa pergi jogging dengan anak saudara efa, ezah, yerlah, nak buang lemak yang sudah hampir bertambah2 kat badan ni. Semoga aktiviti ni dapat berterusan supaya badan kita jadi sihat dan kuat (tiba2 nak buat iklan milo pula). Rasanya baru dua kali efa jogging untuk tahun 2011 ni, alasannya, hujan aje tiap2 petang (padahal, malass). Efa pergi jogging kat Pustaka, Kuching, ramai orang kat sini tau, ada yang jogging, beri makan ikan, senam aerobik, "dating" pun ada, dan tak lupa gak pergi study kat library (tempat riadah mestilah ramai orang kan).




Nampak tak tasik tu, luas kan? Bangunan belakang tu library tau dan lelaki dua orang tak kenal, huhuhu.


Efa & Ezah (anak saudaraku yang comel), dah lepas jogging, duduk la kat sini. Efa jogging dua pusingan, tak larat sebab tiba2 kena gastrik. Er, sakit je ati. Nampak tak muka efa tak bermake up, pucat lesu tak bermaya.


Tengok ramai kan yang join senam aerobik, efa nak join tapi tiba2 rasa segan pulak, dah la tak tau step2 nya.


Ramaikan yang bagi makan ikan, ada yang bawa roti sendiri dan ada yang beli kat abang yang jual makanan ikan kat situ. RM2 sebungkus, untung abang tu berniaga kat situ.



Ni baru sedikit tau, sebenarnya banyak lagi ikan-ikan ni dan besar2 lagi. Geram, rasa nak tangkap bawa balik dan letak dalam aquarium, boleh jimat, tak perlu beli mahal2 kat kedai.


Motif ambil picture stocking?? busuk tau ~ AAK, ahahaha.


ni ezah, anak saudara efa, siap buat muka cute lagi, korang boleh la dengar latar belakang tu suara efa (ahahah, kitaorang dok cakap bahasa sarawak pulak kat situ). efa malu nak buat video sendiri. err.



**Korang ada buat aktiviti riadah yang menyihatkan tak??


Thursday, February 17, 2011

Valentines VS Birthday

Sabtu lepas, efa & my sister jalan2 kat Spring, Kuching, perghhh, ramai gila orang, sesak dan padat habis (tak ada la sampai macam tu sekali, menipu je lebih). Dah lama agaknya efa tak jejalan, so hari tu macam jakun sikit la, ahahhaha. Part yang paling best, kitaorang tengok macam2 barang2 yang jual sempena Valentines Day, ada Teddy Bear, jambangan bunga jangan cakap la melambak2 sana sini orang jual, chocolate dan macam2 lagi la. efa suka tengok je, beli nye edok le J, apatah lagi nak sambut pula, oh tidakk!! Paling best dapat gambar dengan decoration kat shopping complex tue, ehehe, comeyy weii.







Actually keesokkan harinya tue (ahad) birthday my sister, so kiranya bawa jalan2 la besday woman (sebab tak sesuai panggil girl, ehehe) Ehehhe. Efa kalau tengok sushi king, memang tak sah kalau tak singgah makan, so ini adalah salah satu favourite efa sekarang yang mulai disukai (iyeee, sedap weeiii)


My sister pula teringin nak makan kat Kenny Roger’s Roaster, macam biasa mesti kena makan roasted chicken kan kan kan?? Paling sedap muffin dia, nyum nyum. Oleh kerana efa dah makan kat sushi king, so efa order Caesar salad saja, memang cukup kenyang dah.



Keesokan harinya, tak ada la nak celebrate besday berbagai, tapi my sister pula masak nasi tomato, boleh tahan la. Efa lepas tue masak ayam masak merah, makan sekali dengan nasi tomato. Memang bertambah selera lah.


Efa ada buat chocolate mousse. Manisss weeiii, tapi semuaorang suka, sedap katanya. Nyum nyum nyum~ tapi efa ni kalau dah masak jarang berselera sangat nak makan. Kira jimat sikit daripada beli kek yang rasanya tak tentu sedap lagi.


**Efa salu melambatkan post entry & update kat blog, line macam siput, sakit je ati.. :((


Sunday, February 13, 2011

“tangan bertuah cik nico!"





Rasa-rasanya dah lama efa tak join contest kan kan kan? so, kali ni telah di tag oleh cik inang kita, jadi efa pun meneruskan perjuangan ini (chewahh~).
dah nama pun tangan bertuah kan, so kira ikut nasib la ye. tak kisah la menang or kalah.



dah nama pun contest, mesti lah ada yang meletakkan syarat2.

1 : buat tajuk entri "tangan bertuah cik nico!"

2: kena letak banner macam yang efa buat kat atas tu dan kenalah link kat blog empunya contest nie= ciknico

3: paling penting nak hebohkan satu dunia. eh, tak da la, mengarut je efa ni. nak kena sebarkan rakan-rakan, saudara mara, adik beradik kita. bukan lagiiii. jemput kengkawan kita join contest ni la. mana tau leh kongsi kongsi kan..

4: haruslah mengetag-tag kawan-kawan blogger sekalian. yang tak ada blog tue, tak dapat la efa nak nolong~

5: paling last, kira paling wajib la ni!!! hendaklah follow blog cik nico (empunya contest ni la)

6: hadiah tu efa tak pasti apa~ kena tunggu cik nico umumkan kot. tapi seperti yang dimaklumkan. hadiah mestila menarik tertarik tarik kan kan kan??



dan siapa yang bertuah kena tag tue? jeng jeng jeng....


kalau korang tak kena tag pun boleh jugak nak join tau.. boleh ke blog cik nico


Friday, February 11, 2011

Old Town White Coffee @ Hills: HALAL ke tak?

Mesti ramai yang dah pernah cuba makan & lepak lepak kat OTWC (Old Town White Coffee) kan. (Budget cool la lepak kat sini...huhuhu). OTWC berkonsepkan kopitiam, banyak kemudahan2 yang disediakan untuk pelanggan. Bagi efa semua itu sangat penting, ye la, kita ni sebagai pelanggan macam-macam demand kalau nak makan kat restoran kan. Nak dalam keadaan yang bersih, relax, boleh lepak-lepak dengan kawan2 & macam-macam lagi. Sekarang ni, ramai demand nak ada free WiFi, so jangan risau lah, dekat OTWC sememangnya ada service ini. Nak tahu lebih lanjut lagi pasal OTWC boleh pergi ke website Old Town White Coffee ok??


Persoalannya di sini HALAL ke tak Old Town White Coffee? Sebelum ni pernah ada isu-isu yang menyatakan restoran ini tidak Halal, lepas tue, Halal pulak. Hurm, kadang-kadang agak meragui status restoran. Tapi jangan risau, efa akan berikan link di mana korang boleh baca nak tahu statusnya. link 1 link 2

Kalau nak bincangkan isu HALAL nie, sampai bila2 pun takkan habis. Sebab kita kena tengok banyak aspek untuk HALAL, bahan2 yang di gunakan mestilah dari sumber yang HALAL, bahan2 itu sendiri mestilah HALAL, bersih dan selamat di makan. Banyak lagi sebenarnya. Baca kat sini atau kat sini.

Bagi efa, kalau ragu2 nak makan tue, baik tak payah nak makan ok. Lagi hati senang dan tak perlu nak risau, runsing sampai jadi gila. ahahha. Sampai macam tu sekali.




Suasana Restoran Old Town White Coffee di Hills, Kuching. Cantik kan decoration kat dalam restoran ni.


(sorry, picture agak2 tak menarik sebab ambik guna HP je)
Menu OTWC, simple. Tapi efa tak suka sebab tak ada penerangan bagi setiap menu, so tak tahu ingredients kat each dishes, cara masakan dan sebagainya. Menu perlu diperbaiki lagi.


(pic credit from OTWC)
Efa cuba air ni, Orange Fizzy. Masam, menyesal order air ni. Lebih baik minum air suam je kot.


(pic credit from OTWC)
Hidangan yang efa cuba OLDTOWN asam laksa. xsedap, menyesal order nie. dia guna ikan sardin beb! bukan asam laksa pakai ikan kembung ke? mungkin ini OLDTOWN style kot. tapi for me, tak sedap la. (tapi habis jugak hari tue.. err, dah lapar hantam sajalah)


what i wore masa dinner kat OLDTOWN hari tu.


bagi efa, restoran ini InsyaAllah HALAL, kalau rasa was was dan ragu ragu, janganlah makan disini, banyak lagi restoran yang dijamin HALAL. kalau sekadar nak rasa cool makan di sini. baik tak payah! tiba2 nak emo~



duit poket

Related Posts with Thumbnails