Friday, February 25, 2011

Tanda dan Peringkat Kiamat.

*Picture from google


Efa ingin berkongsi dengan pembaca pembaca sekalian. Semoga dengan memberi informasi ini dapat membuka mata kita, menerangkan hati kita, juga akan memberi seribuan pengertian dan pemahaman kepada sekalian sahabat.

Hari Kiamat ialah hari akhir atau merupakan hari penghabisan bagi seluruh alam ini. Segala isi alam ini akan hancur dan rosak binasa. Kemudian satu alam baru akan diadakan selepas itu. Selain disebut hari Kiamat, ianya juga adalah hari Akhirat. Pada hari Kiamat memberi erti hari kebangkitan dimana manusia semuanya akan dibangkitkan dari kubur untuk menerima pengadilan Allah.

Sekalian juga kedatangan kiamat dapat dilihat dengan tanda tanda yang diberikan oleh Allah S.W.T. Tanda ini boleh dibahagikan kepada permulaan dan tanda akhir.

Bila efa hayati dan baca tanda tanda permulaan ini, efa dapati semua tanda ni telah terjadi di muka bumi kita. Percaya atau tidak, sila baca sendiri:

1) Orang orang yang miskin dan berkaki ayam sudah menjadi kaya raya dan sudah pandai mendirikan bangunan tinggi tinggi;
2) Minuman arak dan minuman memabukkan menjadi kemegahan;
3) Bertambah pendeknya masa (kita salu kata, eh... cepatnya masa berlalu.. kan kan??);
4) Urusan urusan umat Islam dipegang oleh orang yang bukan ahlinya;
5) Negeri negeri kecil disatukan menjadi negara besar;
6) Sering berlaku pergaduhan dan peperangan;
7) Ibu melahirkan tuannya (anak menjadi tuan)
8) Timbul fitnah bergelombang seperti gelombang laut (kita tengok sendiri taburan fitnah dikalangan artis2, ahli politik dan korporat);
9) Timbul perang antara kaum Muslimin dan Yahudi;
10) Sering berlaku gerak gempa (contohnya Tsunami, gempa bumi);
11) Bilangan perempuan lebih banyak daripada lelaki (kadarnya 1:50) (memang nak hampir);
12) Timbul perang besar antara dua bangsa yang paling besar;
13) Tidak membezakan antara pencarian halal dengan yang haram (ramai yang mencari kerja kat tempat yang haram, contohnya di club, sumber yang haram, menjual dadah, dan sebagainya);
14) Banyak orang jahil daripada yang alim;
15) Orang orang Islam belajar menyanyi (korang rasa ada tak??);


Tanda tanda akhir (ada diantaranya telah terjadi, tidakkah anda sedar lagi??)

1) Lahir dajal yang merosakkan agama;
2) Lahir Yakjuj & Makjuj yang akan melakukan keganasan di dunia ini;
3) Keluar daabatul ardh (sejenis binatang) dari dalam bumi dan akan merosakkan manusia;
4) Terhapus Quran daripada mashaf;
5) Manusia melarikan diri daripada agama (tiada yang menyebut nama Allah di atas bumi);
6) Lahir Imam Mahadi;
7) Matahari terbit dari sebelah barat;
8) Setiap orang lalu di atas kuburan sambil berdoa supaya lekas mati, lalu masuk kubur;
9) Turun Nabi Isa a.s. membawa kebenaran;
10) Keluar asap berkepul-kepul memenuhi angkasa;
11) Matahari dan bulan berlanggaran antara satu sama lain.


Kiamat berlaku 2 peringkat. Bermula peringkat kiamat kecil dan kemudian kiamat besar. Kiamat besar ini menandakan akhirnya dunia. Kiamat kecil merupakan kematian. Ajal yang tiba menandakan kiamat individu.

Sabda Rasullulah s.a.w.
"Apabila mati seseorang itu, maka berlakulah kiamat pada dirinya."


Dengan berlakunya kiamat besar (menyeluruh) segala isi alam akan hancur. Satu alam baru akan diwujudkan.

(i) Peringkat kemusnahan alam bermula dengan tiupan sangkakala oleh Israfil.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan ditiup sangkakala, maka terkejut mati mereka yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah." (Al-Zumar: 68)

Kehebatan peringkat kemusnahan alam ini di gambarkan oleh Allah melalui ayat- Nya.
"Wahai manusia, takutilah Tuhan kamu. Sesungguhnya goncangan kiamat itu adalah suatu perkara amat dahsyat. Pada hati kamu dapati, ibu ibu yang sedang menyusukan anak akan terlepas anak yang dipangkuannya, orang orang yang mengandung tergugur kandungannya, pada hari itu kamu dapati manusia dalam keadaan mabuk, pada hal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu amat dahsyat (keras)" (Al-Haji: 1-2)

(ii) Peringkat kebangkitan semula.

(iii)Peringkat pembalasan.

* Efa memohan keampunan dan kemaafan sekiranya efa pernah menyakiti hati sesiapa dari efa sedar atau tidak. Kerana efa hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan, semoga apa yang terjadi dalam hidup kita dijadikan pedoman dan tauladan. Sesunguhnya efa juga ingin menambah baik diri ini ke jalan yang baik dan benar.

* Sumber yang efa perolehi adalah dari buku Ulangkaji Peperiksaan SPM Pengetahuan Agama Islam, sekiranya maklumat dan informasi ini tidak up-to-date, maafkan efa. Sekalian pembaca boleh merujuk kemana mana sumber lain yang boleh dipercayai. Sedetik efa membaca informasi di atas, sedetik itu juga efa ingin berkongsi dengan anda sekalian. Efa harap ianya dapat memberikan sedikit pengetahuan dan kesedaran kepada kita semua.




8 comments:

Izzatul Azma said...

tanda2 ni semua mmg ada yang da nampak kan. takut!

marilah kita beringat2

nabilah_2908 said...

betul tu Efa...tanda2 awal ,,mmg dah ada...tunggu petanda akhir je..

Ya Allah takutnya bila mengenangkan semua ni.. :(

terima kasih sudi berkongsi...

jom ke APA KATA HATI pulak,
HAOWAN BERWARNA PELIK

Dda Ly said...

thanks for this reminder dear..manusia mmg mudah lupa..:)

jemput ke rumah,
http//laydie-dda.blogspot.com
keep in touch ye..♥♥♥

e F a said...

sweethoney: betul tue, saling ingat mengingati...

e F a said...

nabilah: tue la, tanda2 dah ada.. kesedaran tue pun harus adaa...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

SALAM
NICE POST
TERIMAKASIH BERKONGSI INFO

e F a said...

dda ly: mmg tu, manusia mmg salu lupa benda2 macam nie

Redbloodsnow said...

subhanallah! takut mek utk hari tok tiba :(

duit poket

Related Posts with Thumbnails