Sunday, November 27, 2011

November i'm in love!

Tok tok tok tok, mengetuk tuan rumah yang sudah lama meninggalkan blog dan sudah tidak d kunjungi lagi. Hanya mereka yang setia ada menemani blog ku ini. Terima kasih pada mereka yang sudi itu, akan ku hadiahkan dengan entry baru ku ini.

November bulan indah bagi efa, sebab sebab...... bulan kelahiran ku la. ehehehe. Selamat "belated" birthday untuk diri ku sendiri.

Disebabkan usia dah tak berapa nak tua ni ha, efa tak ada la nak celebrate birthday bagai, tapi terima je la seadanya jikalau ada yang memberi pada hari kelahiran efa. wahhh. gituuuu~ merendah diri pulak aku.

Efa nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah "wish" birthday efa, efa mengharapkan ucapan2 tu ikhlas lah ye, teeet~. ahahaha. ... dan yang telah mendoakan untuk efa tu, terima kasih lagi sekali.


Meh skodeng apa yang terjadi masa harijadi ku:


Cupcake dari my sweet bestfriend ever, amyhuny buny!! pandai kan dia buat? manis je, semanis orang nya.


Bunga ni pun dari Amy, huahhh, thank u lagi sekali amy!!!


Barbie Birthday Cake dari akak efa. comey kan?? 


Ni pulak bahagian bawah kek tadi. pink gituuu~


seronok dapat cupcake, cake & bunga hari tu.

My Audrey Hepburn potret, dari Sweet ever Amy!!!! ada gak hadiah yang lain dari amy!! banyak tol dia bagi.

with my beloved amy!!!! thank u so much sayang!!!!!

sweet sangat kan bunga nie sekali ngan audrey hepburn potret. terharu tau!


To my beloved bestie, Amy:
maksih banyak2 yang sik terhingga, kamek dapat banyak hadiah dari kitak masa birthday kamek, yang pasti with a lot of surprises from you. terharu kamek aie. sik sangka juak kamek. kamek rasa nang bertuah habis dapat kenal ngan kitak, berkawan dengan kitak, we had a lot of fun time together kan? you are the one that makes me happy all the time. paling best, kamek dapat sharing a lot of things ngan kitak. you are the best among the best friends & girlfriends I ever had. i hope that our friendship will last forever and ever. aminnn. 


P/s: Memang susah kita dapat berjumpa dengan seorang sahabat yang baik, yang serasi, yang memahami, yang sentiasa ada di sisi kita walau dalam susah dan senang, tapi apabila kita sudah menemui mereka, kita seolah-olah tidak percaya yang di dunia ini ada seorang insan seperti mereka. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku tidak kira serapat mana anda kepada ku, serenggang mana sekalipun dan sejauh mana anda berada, aku berasa bertuah mengenali kamu. Ampunkan dan maafkan sekalipun aku pernah melakukan kesalahan serta halalkan makan minum aku ketika bersamamu. (Chewah, tiba-tiba feeling lebih pulak efa ni)

Percayalah pada takdir yang menemu dan memisahkan kita, bersyukur dengan kehadratNya dan ketentuanNya, dan berterima kasih kepada Nya. Allah Maha Adil dan Saksama. Jangan lupa itu. :D


Wednesday, November 9, 2011

duit poket

Related Posts with Thumbnails