Thursday, December 29, 2011

Bye bye 2011, Hye hye 2012!

Terasa terlalu cepat masa berlalu, segala pahit manis sudah kita lalui di tahun 2011.  Efa rasa tahun 2011, memberikan efa banyak sweet moments than bad memories la. Kalau nak disenaraikan disini memang tak leh, nak tahu sweet moments tu, tengok jelah past entries efa, hampir semuanya sweet moments efa. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang tahun ini. Dan sepanjang tahun ni juga, efa merasakan efa telah banyak belajar pekara baru malah banyak mengajar erti kehidupan. (sudah sudahlah efa, nak meroyan pulak). Segala yang terjadi itu adalah ketentuan Illahi dan pasti ada hikmah disebaliknya (tambah lagi..)

Baru semalam kita meraikan tahun 2011, sekarang dah nak menjelang 2012, memang terasa seperti sekelip mata masa berlalu ibarat sepantas cahaya (memang cepat la masa berlalu kannn). Apa2 pun, azam 2011 efa tak tercapai, so akan dibawa ke tahun 2012. InsyaAllah, efa harap tahun depan akan tercapailah azam itu, Amin yarabbal alamin. :) 

Efa nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU, 2012 kepada pembaca-pembaca di blogger efa dan blogger-blogger yang setia berkunjung di blog efa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan (ada ke?? hurmm). Tanpa korang, takkan ada efa berkecimpung dalam blogging ni. (chewahhhh, puji lebih nie)






Azam tahun baru saya, saya mau terbang! boleh??


Mari sama-sama kita tutup buku lama, dan buka luas-luas buku baru (buku apa kitaorang maok! LOL). 



p/s: apa azam korang tahun baru ni? yang azam tahun 2011 dah tercapai belum?? hehehe

1 comment:

AmirFX said...

Selamat Tahun Baru Efa! Azam kmk tahun tok mok meli helikopter.. haha..

duit poket

Related Posts with Thumbnails