Friday, December 30, 2011

RESEPI: APAM yang comel

Di atas permintaan sahabat-sahabat sekalian, efa telah diminta berkongsi resepi Apam polka dot or Apam yang comel macam kat bawah ni. Efa pun search jugak resepi ni kat internet. Ada yang accurate, ada yang bagi resepi tak accurate. So, pandai2 lah korang adjust kan lagi measurement dia tau. 

macam sayang pulak nak makan (sumber: google)




Bahan-bahan yang diperlukan: (kalau korang search pun sama je, atau ada yang lain sikit)

3 biji telur (kena telur yang sejuk-dari peti ais)
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder (diayak, takkan korang tak ayak kan)
200 gm gula halus
150 ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla (korang kena guna yang pure esen vanilla)
1 sudu teh ovalette 
pelbagai jenis pewarna (depends korang nak warna apa)
blueberry jem filling *tak kisah la, ikut citarasa korang, nak strawberry ke, chocolate chips ke, sri kaya ke. 


Dan cara-caranya seperti: (setiap orang mempunyai cara yang berlainan membuatnya)

1. Pukul putih telur dengan mixer sehingga form stiff, macam buat meringue la. Kira sampai betul-betul kembang.
2. Kemudian baru masukkan ovalette, kuning telur dan esen vanilla. Pukul sehingga adunan kembang lagi.
3. Masukkan gula dan pukul lagi.
4. Boleh da masukkan tepung + baking powder berselang seli dengan susu. Gaul guna spatula, kalau tak ada spatula, senduk pun boleh la. 
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna mengikut kesukaan. 
6. Dengan menggunakan piping bag, boleh picitkan adunan kedalam mangkuk kertas yang sudah diletakkan di dalam acuan lompang. Letak sedikit dahulu, kemudian letakkan inti/ filling dan seterusnya picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. 
7. Korang boleh buat corak mengikut kesukaan korang, dot dot ke, smile face, angry bird, lady bird ke (tengok picture2 yang efa letak disini)
8. Kukus dalam masa 10-15 minit. 
  


inilah acuan lompang (sumber: google)


 macam senang je buat corak ni kan? dapat idea tak? (sumber: google)

efa suka tengok corak strawberry tu, kreatif sangat (sumber: google)

comel je muka angry bird ni (sumber: google)
  
(sumber: google)



Tips:
- Pastikan penutup periuk kukus dibalut dengan kain bagi mengelakkan air stim menitik di atas adunan. Ini boleh menghasilkan apam yang tidak cantik.
- Jangan terlalu kerap buka penutup periuk kukus untuk melihat hasilnya (bawak bersabar semasa memasak, jangan tergopoh-gopoh tau!!!)
- Pilihan warna haruslah bijak, kalau tak apam anda tidak akan kelihatan menarik ye! ahahaha. tips yang berguna.
- Masa isi inti, elakkan meletak terlalu banyak, jangan tamak sangat hokehhh.
- Kalau tak berjaya buat kali pertama, boleh cuba banyak kali, "PRACTICE MAKE PERFECT"






Apam ni bukan sahaja sesuai untuk minum petang, untuk door gift ke, hantaran pun boleh gak kan, guna kan kreativiti anda yer kawan2. 
Corak apam pun bergantung kreativiti korang, mana tau korang ada kebolehan seni buat apam corak Transformer ke, Spiderman, Superman, Power Rangers ke lepas ni. Siapa tau? hehehe. 





SELAMAT MENCUBA!!!

7 comments:

AmirFX said...

Nampak cam sedap jak... *drools*

ciK LyndaWawa said...

apam ya k nyambut tahun baru ka? hehehe

ciK LyndaWawa said...

mok mek coba ya kelak...x pernah polah tok..hehehe..

tido jak kitak? hehehehe

CHU MAJORFLAVA said...

kiut!!!ktk slalu jual bapa dear..dapat k gift tok.

e F a said...

chu: dolok kmk jual, nektok sikda gik da...

Anonymous said...

Efa nk no4 time ya xpkei mixer ka

e F a said...

sikda makei mixer, makei spatula jak, wooden spoon pun boleh

duit poket

Related Posts with Thumbnails